juru nikah menunjukkan gambar pasangan budak perempuan 11 tahun dan suaminya yang berumur 41 tahun |
budak perempuan 11 tahun yang bergelar isteri selepas berkahwin dengan peraih getah berusia 41 tahun, baru-baru ini.Perkahwinan dipercayai berlangsung di selatan Thailand itu tular selepas isteri kedua lelaki berkenaan memuat naik beberapa status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya.Berita berkenaan disambut kecaman netizen yang mempersoalkan niat lelaki untuk membantu, selain keluarga budak terbabit dilabel bersubahat membenarkan perkahwinan bawah umur.
Wakil UNICEF di Malaysia, Marianne Clark-Hattingh, sendiri mengecam tindakan berkenaan dan menganggap ia sebagai laporan mengejutkan serta tidak boleh diterima. Jelas Marianne, tindakan berkahwin itu bukan demi kepentingan anak, sebaliknya jelas menunjukkan pelanggaran haknya sebagai kanak-kanak.Selain agensi dan pihak berkuasa, masyarakat juga dilihat mula membuka mata untuk melihat sejauh mana perkembangan perkahwinan golongan bawah umur di negara ini, mengetahui akta dan perundangan berkaitan.Kebetulan kekecohan timbul ketika UNICEF sedang aktif mengemaskini data berkaitan perkahwinan kanak-kanak. Hasil kaji selidik dalam talian bersama 1,212 belia di Malaysia itu mendapati, 57 peratus individu menyatakan mereka mengenali sekurang-kurangnya seorang rakan bawah umur 18 tahun yang sudah berkahwin.
Tidak mengejutkan apabila kehamilan remaja dikenal pasti sebagai salah satu faktor perkahwinan bawah umur di negara ini. Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa 70 peratus belia tidak bersetuju dengan perkahwinan bawah umur. Antara sebab yang diberikan adalah mereka masih lagi kanak-kanak dan belum cukup matang untuk berumah tangga.
Kaji selidik ringkas itu dibuat susulan berlangsungnya mesyuarat global kedua Girls Not Brides di ibu kota, Kuala Lumpur pada 25 hingga 27 Jun lalu. Girls Not Brides adalah kerjasama antara ratusan organisasi masyarakat sivil (OMS) yang komited untuk menghapuskan perkahwinan kanak-kanak.
Ia peluang unik untuk Malaysia menghantar mesej jelas bahawa undang-undang perlu dipinda supaya had umur minimum untuk berkahwin ditetapkan pada usia 18 tahun dalam semua kerangka undang-undang, termasuk perkahwinan sivil, Islam dan adat istiadat Bumiputera, tanpa sebarang pengecualian.
Kata Marianne, perkahwinan sebelum umur 18 tahun adalah pelanggaran mendasar terhadap hak asasi manusia dan hak seorang kanak-kanak yang menjejaskan setiap aspek kehidupannya.
(SUMBER DIPETIK DI HARIAN METRO 2014.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan