Rabu, 11 Disember 2019

pendapat fuqahak tidak membenarkan perkahwinan kanak-kanak

Related image Pendapat Fuqahak yang tidak membenarkan perkahwinan kanak-kanak.

 Sebahagian fuqahak berpendapat bahawa pernikahan kanak-kanak adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pendapat mereka ini adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ ayat 6 Maksudnya: Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya… Ayat di atas menjelaskan bahawa usia kanak-kanak berakhir apabila sampainya umur yang membolehkan mereka bernikah atau berkahwin (baligh) dan sebaliknya. Selain itu, golongan fuqahak ini juga berpendapat bahawa matlamat perkahwinan adalah untuk mu’asyarah (pergaulan), menghasilkan keturunan dan juga melahirkan ketenangan jiwa dan kesemuanya ini tidak akan tercapai melalui pernikahan dengan kanak-kanak (Dr Zulkifli Mohamad alBakri, 2018).105 Pernikahan dengan kanak-kanak juga sekiranya dibenarkan boleh mendatangkan mudarat yang berterusan kerana kanak-kanak tersebut masih belum bersedia dari sudut fizikal dan mental dan juga masih belum berupaya untuk membuat pertimbangan waras dalam memilih pasangan hidup. Bagi menerangkan maksud Hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengahwini Saidatina Aisyah RA ketika usianya enam tahun dan disempurnakan ketika usianya sembilan tahun (diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (4840) dan Imam Muslim (1422), fuqahak golongan ini berpendapat bahawa ia adalah merupakan khususiyyah (ciri yang khusus) hanya pada Rasullullah SAW (Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2018). 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa dari sudut syarak, walaupun terdapat pandangan yang membolehkan perkahwinan dengan kanak-kanak, namun jumhur fuqah...