Khamis, 19 Disember 2019

kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa dari sudut syarak, walaupun terdapat pandangan yang membolehkan perkahwinan dengan kanak-kanak, namun jumhur fuqahak berpendapat ia tidak boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya. Perkara utama yang perlu diambil pertimbangan adalah maslahah kanak-kanak tersebut. Langkah pemerintah dalam menetapkan had umur minimum perkahwinan adalah merupakan suatu langkah proaktif dalam memelihara maslahah kaum wanita terutamanya kanak-kanak dan ianya selari dengan Maqasid al-Syariah dalam pemeliharaan nasab. Apabila pemerintah telah menetapkan sedemikian, maka dibawah prinsip ketaatan kepada pemerintah, masyarakat wajib untuk mematuhinya. Oleh yang demikian, adalah disarankan agar perincian spesifik dalam memberikan kebenaran perkahwinan pasangan bawah umur diwujudkan dalam peruntukan undang-undang. Hal yang demikian dibuat bertujuan untuk memperketatkan syarat-syarat perkahwinan dengan kanak-kanak dan memastikan agar pelaksanaannya dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, di Malaysia, perkahwinan bawah umur yang dilaksanakan tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa juga adalah merupakan suatu kesalahan jenayah baik daripada sudut perundangan syariah mahupun sivil dan boleh dihukum apabila sabit kesalahan. Hukuman bagi mereka yang melanggar perundangan ini perlu di pertingkatkan dan dilaksanakan secara lebih tegas bagi menjamin kemaslahatan dan masa depan kanak-kanak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa dari sudut syarak, walaupun terdapat pandangan yang membolehkan perkahwinan dengan kanak-kanak, namun jumhur fuqah...