Rabu, 11 Disember 2019

pendapat fuqahak yang membenarkan

Related imagePendapat Fuqahak yang membenarkan pernikahan dengan kanak-kanak.

 Pendapat para fuqahak yang membenarkan pernikahan dengan kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu: a) Pendapat golongan pertama berkait rapat dengan definisi kanak-kanak itu sendiri. Sekiranya kanak-kanak itu telah baligh, dia tidak lagi diklasifikasikan sebagai kanak-kanak walaupun usianya baru 9 tahun atau 10 tahun atau sebagainya (Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2018). b) Pendapat kedua pula menyatakan bahawa pernikahan dengan kanak-kanak yang masih belum baligh adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, pernikahan ini bukanlah bermakna bahawa keputusan tersebut dibuat oleh kanak-kanak secara bersendirian, bahkan mesti dilakukan oleh seseorang yang bertanggungjawab ke atas kanak-kanak tersebut iaitu walinya. Antara dalil-dalil yang membenarkan perkahwinan dengan kanak-kanak adalah: Firman Allah dalam Surah al-Talaq ayat 4 .Maksudnya: Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuanperempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya Al-Jami’ li Ahkam al-Quran dalam mentafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa Abu Uthman bin Salim berkata: ‘iddah untuk kaum wanita yang dijelaskan dalam surah al-Baqarah adalah untuk wanita yang dicerai oleh suaminya dan wanita yang kematian suami; maka Ubai bin Kaab berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya masih ada kaum wanita yang tentang mereka tidak disebutkan/ dinyatakan apapun berkaitan ‘iddah. Mereka adalah wanita yang masih kecil dan wanita yang sedang hamil. Maka bagi menjawab persoalan ini, turunlah ayat 4 Surah al-Talaq. (Al-Qurtubi 1996 17:162-165) Imam al-Syaukani dalam tafsir Fath al-Qadir mentafsirkan ayat 4 surah al-Talaq dengan menjelaskan bahawa “...perempuan-perempuan yang tidak berhaid…adalah mereka yang masih kecil dan belum sampai usia haid” (Al-Syaukani 2000, 1790). Daripada Aisyah RA bahawa Nabi SAW mengahwininya ketika beliau berusia enam tahun dan bersama dengannya ketika berusia sembilan tahun. Kemudian hidup bersama Rasulullah SAW selama sembilan tahun. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Maksud Hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengahwini Saidatina Aisyah RA ketika usianya enam tahun dan disempurnakan ketika usianya sembilan tahun, fuqahak golongan pendapat ini berpendapat bahawa ia bukan merupakan khususiyyah (ciri yang khusus) hanya pada Rasullullah SAW sahaja. Ini kerana pernikahan sebegini turut berlaku kepada sahabat-sahabat lain seperti perkahwinan di antara Ummu Kalthum yang pada ketika itu berumur sepuluh tahun dengan Saidina Umar al-Khattab (Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2018). 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa dari sudut syarak, walaupun terdapat pandangan yang membolehkan perkahwinan dengan kanak-kanak, namun jumhur fuqah...