Rabu, 11 Disember 2019

kes berkaitan perkahwinan

Image result for kes perkahwinan bawah umur di malaysia statistikKes-kes Berkaitan Perkahwinan Bawah Umur di Malaysia

 Hukuman yang diperuntukkan Seperti yang dilaporkan oleh media, kes-kes yang melibatkan perkahwinan bawah umur bukan sahaja melibatkan orang Islam, bahkan juga orang bukan Islam. Menurut laporan akhbar, 5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2019) KUIS, 24 September 2019 107 bilangan permohonan perkahwinan bawah umur kanak-kanak yang beragama Islam bagi tempoh 2013-2017 ialah sebanyak 5362 manakala yang melibatkan bukan Islam ialah sebanyak 2367 permohonan seperti jadual ini. Jadual 2: Bilangan Permohonan Perkahwinan Bawah Umur (orang Islam dan orang bukan Islam) bagi tahun 2013-2017 Islam Bukan Islam Bilangan Permohonan Perkahwinan Bawah Umur bagi tahun 2013-2017 5362 2367 Sumber: MyMetro, 2018. Kes terkini melibatkan perkahwinan bawah umur berlaku di Kelantan. Pada 9 Julai 2018, seorang lelaki warganegara Malaysia yang telah berkahwin dengan kanak-kanak berumur 11 tahun telah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, Kelantan di bawah Seksyen 19 dan Seksyen 124, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (No 6) 2002 Negeri Kelantan. Bagi tuduhan pertama, lelaki tersebut didakwa berkahwin tanpa kebenaran mengikut Seksyen 19 Enakmen berkenaan dan dihukum denda berjumlah RM900. Bagi tuduhan kedua pula, lelaki tesebut didakwa berpoligami tanpa kebenaran mengikut Seksyen 124 enakmen yang sama dan dikenakan hukuman denda berjumlah RM900. Secara keseluruhan, lelaki itu dikenakan denda RM1,800 (Sharifah Mahsinah Abdullah dan Ramli Ibrahim, 2018). Menurut Intan Nadia et al. (2012), dalam sesetengah kes, pernikahan bawah umur ini merupakan salah satu faktor berlakunya nikah sindiket. Sebagai contoh, perkahwinan dengan lelaki Lombok seperti yang dilaporkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 14 Jun 2010 di mana pasangan terbabit memilih untuk dinikahkan oleh jurunikah tidak bertauliah bagi mengelakkan daripada prosedur yang perlu dilalui berikutan perkahwinan tersebut melibatkan gadis bawah umur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa dari sudut syarak, walaupun terdapat pandangan yang membolehkan perkahwinan dengan kanak-kanak, namun jumhur fuqah...