
UNICEF menyatakan bahawa isu perkahwinan bawah umur boleh dicegah oleh ibu bapa dan
melalui pendidikan di sekolah-sekolah agar dapat meningkatkan kesedaran tentang
perkahwinan bawah umur. Di antara pengisiannya ialah dengan memberi penerangan berkaitan
kesihatan reproduktif yang sesuai dengan umur serta kesihatan mental kanak-kanak. Selain itu,
UNICEF juga menyarankan agar wujud campur tangan awal dari badan-badan tertentu bagi
kumpulan yang berisiko berkahwin bawah umur serta sistem sokongan yang jitu untuk
membantu anak-anak yang telah melalui perkahwinan bawah umur. (UNICEF, 6 April 2017).
Saranan yang dikemukakan oleh UNICEF bertepatan dengan laporan kertas kerja yang
dikemukakan oleh penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkaitan dengan
ketidakcukupan ilmu berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif di kalangan orang muda.
Berdasarkan laporan kertas kerja tersebut, pendidikan tentang kesihatan seksual dan
reproduktif perlu dijalankan di sekolah-sekolah di Malaysia. Namun begitu, usaha tersebut
menghadapi pelbagai kekangan dari segi pelaksanaannya seperti kebimbangan ibu bapa, guruguru dan juga agamawan terhadap pengajaran kesihatan seksual dan reproduktif yang dianggap
sensitif serta kurang minat dari pihak kerajaan untuk melaksanakannya (Prof Dato’ Noor Aziah
Mohd Awal & Mohd Al Adib Samuri, 2017).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan