Ahad, 8 Disember 2019

PENDAHULUAN KEPADA PERKAHWINAN BAWAH UMUR



Menurut pandangan Islam, perkahwinan adalah salah satu ibadah. Oleh itu, ia perlu dilaksanakanmengikut ketetapan syariat. Melalui perkahwinan, seseorang itu dapat membina keluarga dan iniadalah suatu saluran untuk seseorang itu menunaikan ibadah iaitu dengan membelanjakan wanguntuk keperluan keluarganya, memberikan pendidikan, menunaikan solat berjemaah dansebagainya. Namun, masyarakat hari ini heboh mengenai isu perkahwinan bawah umur yangdibangkitkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom



yangmengusulkan supaya dibenarkan bagi pelajar bawah umur berkahwin sebagai langkahmengelakkan pembuangan bayi terus parah. Namun demikian, apa yang menjadi tanda tanyamasyarakat sama ada pernikahan itu sah dari segi hukum syarak serta dibenarkan undang-undangsyariah di negara ini. Jika merujuk kepada imam mazhab yang empat iaitu Imam Syafie, ImamHambali, Imam Malik dan Imam Hanafi, jelas mereka berpandangan di dalam Islam tidak adalarangan had umur untuk berkahwin.Oleh itu, kertas kerja ini akan mengupas sedikit sebanyak mengenai persoalan ini sertamenghuraikan hukum syarak mengenai perkahwinan bawah umur menurut pandangan ulama’Islam dan juga menurut undang-undang di Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kesimpulan

Dapat disimpulkan bahawa dari sudut syarak, walaupun terdapat pandangan yang membolehkan perkahwinan dengan kanak-kanak, namun jumhur fuqah...